Skip to main content



Nikmati hotel yang selesa di
Bukit Bendera Pulau Pinang.



Nikmati hotel yang selesa di Bukit Bendera Pulau Pinang.

Hotel Bellevue

Bilik kami dilengkapi dengan keselesaan

Hotel Bellevue merupakan satu-satunya hotel di Bukit Bendera. Ia terletak berhampiran Stesen Atas Bukit Bendera. Hotel gaya-banglo kecil ini hanya mempunyai 12 bilik. Dari anjung hotel, anda boleh menikmati pemandangan George Town yang sangat menakjubkan, terutamanya dari waktu siang hingga malam.

Image
Image
Image

Di hadapan hotel terdapat burung hantu dan beberapa jenis burung tropika.Hotel ini juga mempunyai sebuah taman botani yang dihiasi dengan koleksi tumbuh-tumbuhan tempatan yang jarang dijumpai dan terancam yang dikumpulkan untuk program penyelidikan.

  • Unit Keseluruhan: 12 unit katil bujang yang terhad, Katil Kembar dan tiga bilik keluarga

  • Kapasiti: 1 - 3 orang

  • Harga: RM 320 - RM 470 satu malam

Hillside Retreat

Nikmati Alam, Keselesaan dan Keharmonian

Perjalanan kembali ke masa lalu ketika berada diatas stesen bukit kolonial tertua di Semenanjung Malaysia yang dibangunkan oleh British pada abad ke-18. Rehatkan minda anda dengan menginap di banglo yang berusia satu abad dan dikelilingi oleh hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.

Image
Image
Image

The Hillside Retreat terletak tidak jauh dari George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kami menawarkan tempat percutian yang tenang dari kesibukkan kota bertempat didalam biosfera yang subur di Pulau Pinang.

Sertailah kami untuk menjelajahi sejarah kolonial lama Pulau Pinang dengan warisan semula jadi!

  • Suite Keseluruhan 4 Deluxe Boutique & 4 Bunker

  • 14 khemah disediakan ( 3 - 4 orang untuk satu kem)

  • Anda boleh membawa khemah sendiri dengan bayaran terhad

  • Deluxe Boutique Room: 29.2 m²

  • Superior Bunker Room: 10.1 m²

  • Kapasiti: 1 - 4 orang

  • Harga: RM50 - RM250 per night

FaLang translation system by Faboba